advertlets

Thursday, September 6, 2012

Kursus e-Marketing

Kursus e-Marketing telah diadakan pada 5 & 6 September 2012 di Pusat Latihan UTM. Kursus e-Marketing ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Fuad bin Mohamed Yusof dari Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan En. Abdul Rahman Sattar bin Salleh dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Pada awal kursus ini, para peserta telah diminta untuk mengisi borang survey dengan menjawab beberapa soalan berkaitan kursus yang telah dibina menggunakan google docs. Para peserta juga telah didedahkan dengan video-video berkaitan e-Marketing supaya dapat membuka minda berkaitan kursus ini.

Kursus e-Marketing ini telah dimulakan dengan pengenalan oleh En. Mohd Fuad dan beliau telah membantu kami dalam memperkenalkan makna-makna e-Marketing, affiliate, advertlets, dan website marketing.

Kami juga diterangkan cara-cara untuk menambahkan trafik pada laman web beserta beberapa strategi pemasaran oleh En. Abdul Rahman. Kami juga diterangkan cara-cara menggunakan blog untuk e-Marketing.

Antara laman web yang agak menarik untuk dilawati dan rujukan e-Marketing adalah seperti berikut:

1. en.wikipedia.org/wiki/marketing - Pengenalan e-Marketing
2. tiffinbiru.com - laman web untuk resepi
3. mangkuktingkat.com - laman wen tempahan makanan
4. godaddy.com - laman web membantu dalam e-Marketing
5. askjoelcomm.com - laman web affiliate
6. www.bacaquran2u.com/affiliates - laman web affiliate
7. bitly.com - laman web membantu memendekkan link
8. advertlets.com - laman web promosi iklan
9. www.internet-webhosting.com/ - membeli domain dan hosting









 

Saturday, December 13, 2008

Ceramah Hala Tuju Sukan di UTM


Menghadiri ceramah hala tuju sukan di UTM pada 13 Disember 2008 di UTM International Campus KL yang telah disampaikan oleh Yg. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Alias bin Mohd Nor

Friday, December 12, 2008

Forum Kepimpinan Sukan


Menghadiri forum kepimpinan sukan pada 12 Disember 2008 bertempat di UTM International Campus KL yang dihadiri 3 ahli panel yang pernah mewakili negara dalam 3 sukan berbeza, berbasikal, hoki dan 'iron lady'

Monday, September 22, 2008

Nissan GT-R


Ada sensor jika pemandu mabuk @ mengantuk.. Menggunakan sistem Artificial Intelligent utk mengesan tahap alkohol dlm darah dan kerdipan mata

Sunday, September 21, 2008

Majlis pelancaran sekretariat pencegahan rasuah UTM,Skudai


Menghadiri majlis pelancaran SPR UTM di dewan jamuan bangunan pentadbiran UTM jam 9.30 pagi. Dirasmikan oleh YB. Simi bin Abdul Ghani, penolong kanan pesuruhjaya 1 BPR Johor

Friday, August 29, 2008

Bicara patriotik


Program kemerdekaan yang dianjurkan oleh kolej 11, universiti teknologi malaysia

Monday, August 11, 2008

PKAYIK


Dewan makan pertubuhan kebajikan anak yatim islam kluang

Friday, August 8, 2008

Zapin utm


Persembahan zapin utm semasa festival tun razak 08

Festar


Ucapan perasmian Festar 08 oleh datuk aziz sapian